ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Friday, September 7, 2012

Usaha itu penting namun.....



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah kapal yang besar belayar dengan megahnya di tengah lautan samudera...namun dengan tidak disangka-sangka kapal tersebut terhenti di tengah perjalanan...lalu Si Nakhoda sebagai ketua kapal segera memastikan apa yang telah berlaku...Lalu datanglah seorang anak kapal yang melaporkan bahawa kapal tersebut mengalami masalah pada enjinnya...Puas Si Nakhoda memeriksa enjin kapal dengan harapan dia mampu membaikinya namun dia masih tidak tahu apakah punca kerosakan itu dan tiada seorang pon anak kapalnya yang boleh berbuat demikian...Kemudian, Si Nakhoda mengarahkan kesemua anak kapalnya mencari seorang tukang baiki yang bisa memulihkan enjin tersebut agar kembali berfungsi...


Setelah setengah jam berlalu,tibalah seorang tukang baiki dengan hanya membawa sebeban tukul buruk ditangannya...Tanpa membuang masa,Si Tukang Baiki terus masuk ke bahagian enjin kapal.Lalu dia memeriksa enjin tersebut dengan begitu teliti dan mengetuk pada beberapa bahagian dengan tukulnya...Dengan tidak disangka-sangka oleh Si Nakhoda,enjin tersebut terus berfungsi dengan hanya mengambil masa kurang daripada 3 minit untuk dibaiki...


Kapal yang gah itu pun dapat meneruskan pelayaran hingga ke destinasi yang dituju...Setelah tamatnya pelayaran,seorang anak kapal bertemu dengan Si Nakhoda untuk menyatakan tuntutan RM 2000 oleh Si Tukang Baiki sebagai upahnya membaiki enjin kapal...Si Nakhoda amat terkejut kerana proses pembaikian terlalu mudah dilakukan oleh Si Tukang Baiki dan tidak mengeluarkan apa2 modal yang besar ,lantas dengan nada yang keras mengarahkan anak kapalnya memanggil Si Tukang Baiki...Apabila Si Tukang Baiki tiba,Si Nakhoda terus memarahinya lalu meminta resit pembayaran penyelenggaraan kapal sebagai bukti jumlah tuntutan yang dirasakannya terlalu tidak munasabah...Lalu Si Tukang Baiki dengan tenang menyerahkan sehelai kertas yg tertulis:

RESIT PEMBAIKIAN ENJIN KAPAL:
HARGA TUKUL : RM4.50
UPAH TENAGA MENGETUK : RM 0.50
TAHU DIMANA NAK KETUK : RM 1995.00
JUMLAH : RM 2000


"usaha itu penting,namun mengetahui cara untuk berusaha itu adalah lebih penting"

- insanrabbani -

3 comments:

  1. waahh,,saye sgt b'setuju,, :D

    ReplyDelete
  2. tahu di mana nak ketuk 1995..mahal nye

    ReplyDelete
  3. amal tanpa ilmu takkan membuahkan hasil..

    berusaha scr fizik itu sebahagian dari amal..dan ilmu itu bekalan supaya amal tidak sia2..

    maka berusahalah dalam menambahkan kedua2nya, ilmu dan amal..;)

    ReplyDelete