Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, setelah sekian lama berhasrat untuk menulis blog, baru ketika ini aku digelar blogger (tpi tk terkenal la :-p). Kenapa baru sekarang??? Pada awalnya umpama banyak alasan, terutama atas sebab kesibukan dalam pelajaran, aktiviti seharian dan sebagainya. Namun lama kelamaan, aku renungkan kembali, sebenarnya terlalu banyak masa terluang yang aku tak gunakan sebaiknya.
Sebenarnya aku minat menulis, namun aku bukan seorang "penulis", maksudnya, bukanlah seperi kebanyakkan penulis novel atau blogger2 yang sentiasa istiqamah dengan penulisanya. Aku menulis bila aku ingin menulis, dan aku sukar untuk melakukannya jika disuruh atau memaksa diri. Ringkasnya, aku tidak boleh menulis pada bila2 masa, hanya pada waktu dan ketikanya sahaja.
Aku menulis segala yang terlintas di fikiran, juga lintasan hati. Aku suka berfikir dan menilai pemikiran orang lain, namun jarang sekali aku terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Kadangkala,segala emosi yang datang, seperti marah, sedih, terkilan juga gembira, aku gemar luahkannya pada puisi2 pendek dan ringkas.
Lalu aku mengambil keputusan untuk menulis dengan harapan ia memberi manfaat kepada setiap mereka yang membaca. Moga juga waktu2 yg tersia dalam hidup ini dapat aku gantikan dengan penulisan yang bermanfaat...insyaAllah...
wah wahh ^^
ReplyDeleteape yg nak di wah wah kan tok???
DeleteAssalamu'alaikum. Moga terus istiqamah menyampaikan ayat-ayat peringatan. Semoga terus tsabat di jalan ini. :)
ReplyDeleteDan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan ( mengembangkan Islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) , dan mereka yang bersifat demikian adalag orang-orang yang berjaya.
[Surah Ali Imraan : 104]
wa'alaikumussalam... jzkk atas nasihat, ana masih mentah dalam dunia blogger ni. InsyaAllah akan cuba smpaikn yg termampu kpada ummah ini dgn bntuk pnulisan. Moga kita tergolong dalam golongan yg myumbang sesuatu kepada islam...
Deletebyknye post..laju..
ReplyDeletebanyak post2 lama, penulisan2 ammar di fb... Jadi tinggal edit2 sikit la dan lampirkan di sini...
Delete:D
Delete:P
Deletekalau kakak comment2 nie..ammar ade dpt notification x?
ReplyDeleteDpat je kat emel...
Delete