ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Tuesday, December 18, 2012

INI JALAN JIHADKU



INI JALAN JIHADKU~

Mereka berjihad di sana,
mengorbankan jiwa dan raga,
sehingga seorang demi seorang,
gugur syahid menuju syurga...

Lantas aku terlena disini,
dengan hiburan dan kenikmatan,
tidak kah kau tanya pada diri,
apa yang telah kau sumbang dan beri,
untuk islamkan dunia ini...?

Bila aku renung kembali,
aku cemburu dengan para syahidin,
mereka telah dijanjikan syurga,
kerana berjuang untuk kebenaran,
dan tidak aku inginkan, 
islam menang tanpa dayaku...

Lantas aku juga harus berjihad,
namun cara aku dan mereka berbeza...

Menuntut ilmu, itulah jalan jihadku,
lalu aku harus korbankan keringatku,
pada setiap ilmu yang aku tuntut,
kerana ia adalah jihad...

Dan jihad bukanlah,
utk mereka yang dayus pada nafsu!!!

infiruu!!! (berangkatlah!!!)

-insanrabbani-

Sunday, November 4, 2012

Allah sentiasa berbicara dengan kita


Sering hati kita rasa gelisah,
Kadangkala rasa tak tenang...
Seperti ada sesuatu yang kurang dalam hidup ini,
Seperti ada persoalan yang belum terjawab,
Lalu kita cuba mencari jawapan,
kepada setiap persoalan....

Kita cuba hiburkan diri,
dengan harapan ceria hati dan perasaan...
Namun...Terhibur hanya sementara...
Mungkin benar kata-NYA bahawa,
"Ssungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau..."(1)
Bila kita renung-renungkan kembali,
Rupanya kita hanya berlegar di dalam satu permainan hidup,
Persoalan tinggal tanda tanya...

Lalu aku teringat akan firman-Nya,
"Hanya dengan mengingati Allah jiwa kan mnjadi tenang..."(2)
Ya, ketenangan itulah yang kita cari,
Berapa ramai manusia yang mewah hidupnya,
Namun gagal mencapai ketenangan hidup...
Dan mungkin ini lah jawapan bagi persoalan itu...
Kerana itulah Dia menyeru kita:
"...ingatlah kepada Allah dengan mengingat sebanyak-banyaknya."(3)
Mungkin kita dah melupakan Allah,
Dan mungkin kerana itu Allah juga melupakan kita,
Dia berfirman lagi,
"Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepadamu..."(4)
Dari ayat ini, aku terfikir...
Indahnya hubungan Hamba dengan Tuhan...

Aku mula mmahami akan perasaan gusar yang menjelma,
Lalu cuba kita berfikir sejenak,
Siapakah yang mndatangkan perasaaan gusar itu???
Hakikatnya Allah lah yang mengirimkan perasaan itu,
supaya dengan kegelisahan itu kita mencari penawarnya,
juga sebagai panggilan untuk kita kembali kepada fitrah...
"....Dia (Allah) telah mnciptakan mnusia menurut fitrah itu"(5)
Itulah fitrah islam...
Aku silap, Allah tidak melupakan kita begitu sahaja,
Namun hakikatnya Allah sedang berbicara dengan kita...

Lalu aku berusaha mengingati Dia,
Namun dimanakah Dia sebenarnya?
Puas aku cuba mencari jejak-NYA...
Adakah di lautan api atau pun di gunung tinggi...?
Ternyata sekali lagi aku silap,
kerana Dia pernah berfirman,
" Dan apabila hamba-hamba ku bertanya tentang aku, katakanlah aku amat dekat..."(6)
Kini ku tahu Dia tidak jauh di langit sana,
Namun amat dekat di hati hamba-hambaNya...

Maka jika kau ditimpa kesusahan atau diuji dengan keresahan...
Ingatlah bahawa Allah sedang berbicara dengan mu...
Dan ketahuilah bahawa ayat-ayat quran itu bukan hanya tulisan pena,
namun kalam Allah kepada kita...
Allah sentiasa berbicara dengan kita,
pergilah berbicara dengan Dia, pada setiap doa dan sujud mu... :-)

(1) Surah Muhammad, ayat 36
(2) Surah al-Ra`du, ayat 28
(3) Surah Al-Ahzab, ayat 41
(4) Surah Al-Baqarah, ayat 152
(5) Surah Ar-Rum, ayat 30
(6) Surah Al-Baqarah, ayat 186

Sunday, September 9, 2012

Begitu ramai orang tua di Perancis

Aku melihat begitu ramai orang tua di Perancis, terlalu berbeza keadaannya di Malaysia... Pelik, dimana shaja aku berjalan, ada sahaja orang tua yang kelihatan... Sering sahaja kelihatan mereka berjalan di tepi2 jalan, menaiki bas, juga mmbeli belah di supermarket atau di pasar...

warga emas yg sedang menunggu bas
Pelbagai persoalan yg timbul, adakah sebenary mereka org muda yg berwajah tua? Kadangkala aku cuba bertanya dan berbual dgn mereka, sifat tua mereka (umpama atok dan nenek) mnjadikn mereka peramah dn mudah ditgur...Lalu aku dapati, ternyata aku silap! sebahagian dari mereka mmg berumur 60 dan 70 tahun ke atas. Lalu aku terfikir, adakah jangka hayat rakyat Perancis begitu panjang? sehingga mnjadikn org tua bgitu ramai... atau pun sememangnya statistik pratusan org tua di Perancis adalah tinggi? Mmm...bertambah ajaib bunyinya...

Gambar yg ditangkap di pasar pagi

Lalu dari semasa ke semasa, aku cuba memahami dan mengerti keadaan sekeliling... Lalu aku sedar satu situasi atau budaya yg berbeza di antara Malaysia dan Perancis... Hakikaty di Perancis, warga emas ini sering keluar dari rumah mereka utk menjalani kehidupan seharian, begitu juga di Malaysia yg juga terdapat ramai warga emas, nmun yg berbeza adalah kebanyakan dari mereka hanya duduk di rumah. Dan keadaan ini myebabkan kelihatan begitu ramai orang2 tua di luar rumah, di negara eropah ini...


Barangkali satu kesimpulan yg boleh kita buat adalah, orang2 tua di Perancis mmpunyai kudrat yg masih kuat utk mnjalani kehidupan seharian... Mungkin kerana budaya Perancis yg sihat seperti suka bersenam, berjalan, juga mnaiki basikal yg telah diamalkn dri sejak kecil... Berbeza dgn keadaan masyarakat di Malaysia yg lebih suka mnaiki kenderaan utk ke mana2 sahaja...


Namun dari sudut lainnya kita boleh timbulkn persoalan, mengapa mereka keluar dari rumah? Menyusahkan diri yg kurang kudrat utk mnjalani kehidupn seharian... HAKIKATNYA!!! mereka terpaksa berbuat demikian untuk menyara hidup atau meneruskan kehidupan. Kesian kalau ditengokkan, kbanyakan mereka berjalan dgn tongkat, ada yg berlari mgejar bas, juga yg mmbawa barangan2 dapur yg berat, tambahan pula penglihatan, pendengaran, ingatan mereka yg kian dhaif...

Dimanakah zuriat2 mereka??? sememangnya mereka mmpuyai anak2 atau pun cucu... Namun kebajikan warga emas ini tidak terjaga oleh mereka. Anak2 lebih memikirkan kesibukan kehidupan sendiri dn mengabaikan kehidupan orang tua... Ia mgkin budaya masyarakat di Perancis, yg mana mereka kebanyakkannya sudah tidak beragama... Tetapi tidak dinafikan, mgkin ada sgelintir individu yg tidak bersikap demikian.

Lalu aku lihat masyarakat islam di Malaysia.... Aku sedar betapa indahnya islam itu... Kewajiban utk anak2 berbakti kepada kedua ibubapa amat ditekankan malah mentaati ibu bapa juga satu tuntutan yg besar... Kebajikan, kelengkapan dan makan minum mereka dijaga rapi oleh anak2...

Saturday, September 8, 2012

Islam, Iman, Ihsan



Suatu hari Saidina 'Umar dan beberapa org shbat duduk di sisi Rasulullah. Tiba-tiba muncul di hadapan mereka seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam.Tidak ternampak pada dirinya kesan2 bahawa dia seorang musafir dan tidak seorangpun di kalangan shbat yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda

Lelaki: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Rasulullah: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,
engkau mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki: Benarlah engkau.

Mereka pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya...

Lelaki: Terangkan kepadaku tentang lman.
Rasulullah: bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki: Benarlah engkau.

Friday, September 7, 2012

Proses Perubahan


Aku tertarik dgn penulisan puisi oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya "Mukmin Profesional"

"  Ketika lepas bebas di alam remaja,
Impianku tidak mengenal batasan-aku ingin mengubah DUNIA.

Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang
Kusedari… rupanya dunia tidak akan berubah.
Lalu aku bataskan jangkauan,
Memadailah jika aku dapat mengubah NEGARA,

Namun ini juga tidak kesampaian.
Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk mengubah KELUARGA,
Dan mereka yang terdekat,
Malangnya…mereka juga tidak mampu kuubah.

Kini, di perbaringan menanti maut,
Baru ku sedari.
Andainya dahulu yang pertama kuubah adalah DIRI SENDIRI,

Dengan menunjukkan teladan yang baik,
Pasti aku dapat mengubah KELUARGA.

Lantas…dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,
Aku pasti mampu mengubah NEGARA.
Dan siapa tahu…mungkin juga aku mampu mengubah DUNIA  "

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini, kita menyesal atas hari semalam,
Ketika ini, kita kecewa kerana zaman lampau,
Sekarang ini, kita sedih disebabkan masa lalu...

Mengapa tidak kita pastikan serta jadikan hari ni,ketika ini,sekarang ini ssuatu yg bermakna agar kita tidak menyesal,kecewa dan sedih sekali lagi utk hari yang mendatang...

-insanrabbani-



Hakikat kepimpinan


Pernah ada ketikanya aku cuba lari dari tanggungjawab...
aku cuba menjadi seperti orang kebanyakan...
yang mana mereka hanya dipimpin...
dan tidak perlu memikirkan soal kepimpinan...
namun semakin aku lari...
tanggungjwab itu semakin mengejarku...
lalu ku sedar akan sesuatu...
bahawa taggungjawab itu bukan untuk dicari...
tapi sifatnya mendatang...
jika Allah ingin mengangkat seseorang menjadi pemimpin...
tak ada sesiapa yg boleh menghalang...
begitu juga dengan sebaliknya...
jika kita yang dilantik dan dipilih...
percayalah kita mampu menggalas tugasan itu...
kerana antara jutaan insan...
we are the chosen one...

-insanrabbani-

Islam di dunia asing


Aku mnjejakkan kaki di sebuah dunia,
dunia yg mana islam adalah mereka yg tersisih,
dan semestinya mereka dari golongan yg terasing...
dunia yg hanya terlihat surau2 kecil,
dunia yg hanya terdapat masjid2 yg sedikit...
berbanding dengan gereja2 besar,
yg dibina dgn penuh hebat dan megah,
namun aku tidak merasa terkilan,
malah aku merasa bangga...
kerana yg kecil itu sentiasa dipenuhi,
kerana yg sedikit itu sentiasa diimarahkan...
namun yg gah itu sentiasa kekosongan,
namun yg megah itu hanya sebuah perhiasan...

"aku insan yg memerhati dan melihat,
selaku perantau di dunia perantaun..."

-insanrabbani-

Usaha itu penting namun.....



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah kapal yang besar belayar dengan megahnya di tengah lautan samudera...namun dengan tidak disangka-sangka kapal tersebut terhenti di tengah perjalanan...lalu Si Nakhoda sebagai ketua kapal segera memastikan apa yang telah berlaku...Lalu datanglah seorang anak kapal yang melaporkan bahawa kapal tersebut mengalami masalah pada enjinnya...Puas Si Nakhoda memeriksa enjin kapal dengan harapan dia mampu membaikinya namun dia masih tidak tahu apakah punca kerosakan itu dan tiada seorang pon anak kapalnya yang boleh berbuat demikian...Kemudian, Si Nakhoda mengarahkan kesemua anak kapalnya mencari seorang tukang baiki yang bisa memulihkan enjin tersebut agar kembali berfungsi...


Setelah setengah jam berlalu,tibalah seorang tukang baiki dengan hanya membawa sebeban tukul buruk ditangannya...Tanpa membuang masa,Si Tukang Baiki terus masuk ke bahagian enjin kapal.Lalu dia memeriksa enjin tersebut dengan begitu teliti dan mengetuk pada beberapa bahagian dengan tukulnya...Dengan tidak disangka-sangka oleh Si Nakhoda,enjin tersebut terus berfungsi dengan hanya mengambil masa kurang daripada 3 minit untuk dibaiki...

ISLAM KITA DAN KEISLAMAN MEREKA


Aku melihat keislaman sebilangan manusia di tanah eropah,
bahkan bilangannya semakin bertambah di setiap pelusuk dunia,
bukan seorang dua, malah ratusan dan mencecah ribuan,
yang mana asalnya mereka bukan lahir dalam rahmat islam,
namun hati mereka inginkan serta mencari kebenaran,
justeru Allah kurniakan hidayah-Nya kepada mereka...

Lalu aku melihat negara dan bangsa ku sendiri,
yang majoritinya lahir dalam kelompok islam,
namun berapa ramai yang menghargai nikmat islam itu,
ramai juga yang tidak menyedari betapa ia berharga,
lantas ramai yang lari dari fitrah hidupnya,
sehingga ada yang tegar meninggalkan akidah asalnya... 

Dan aku melihat diri ku sendiri,
lalu aku ajukan soalan demi persoalan,
adakah nikmat islam dan iman ini, 
aku hargai serta manfaatkan sebaiknya?
atau aku dan mereka tidak ada bezanya,
syukurilah rahmat islam serta iman yang diberikan,
sebelum Allah menarik kembali ia dari jiwa kita,
na'uzubillahiminzalik....


"aku insan yg memerhati dan melihat,
selaku perantau di dunia perantauan"

-insanrabbani-

Thursday, September 6, 2012

Kini digelar blogger





Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, setelah sekian lama berhasrat untuk menulis blog, baru ketika ini aku digelar blogger (tpi tk terkenal la :-p). Kenapa baru sekarang??? Pada awalnya umpama banyak alasan, terutama atas sebab kesibukan dalam pelajaran, aktiviti seharian dan sebagainya. Namun lama kelamaan, aku renungkan kembali, sebenarnya terlalu banyak masa terluang yang aku tak gunakan sebaiknya. 

Sebenarnya aku minat menulis, namun aku bukan seorang "penulis", maksudnya, bukanlah seperi kebanyakkan penulis novel atau blogger2 yang sentiasa istiqamah dengan penulisanya. Aku menulis bila aku ingin menulis, dan aku sukar untuk melakukannya jika disuruh atau memaksa diri. Ringkasnya, aku tidak boleh menulis pada bila2 masa, hanya pada waktu dan ketikanya sahaja. 


Aku menulis segala yang terlintas di fikiran, juga lintasan hati. Aku suka berfikir dan menilai pemikiran orang lain, namun jarang sekali aku terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Kadangkala,segala emosi yang datang, seperti marah, sedih, terkilan juga gembira, aku gemar luahkannya pada puisi2 pendek dan ringkas. 

Lalu aku mengambil keputusan untuk menulis dengan harapan ia memberi manfaat kepada setiap mereka yang membaca. Moga juga waktu2 yg tersia dalam hidup ini dapat aku gantikan dengan penulisan yang bermanfaat...insyaAllah...