ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Friday, September 7, 2012

ISLAM KITA DAN KEISLAMAN MEREKA


Aku melihat keislaman sebilangan manusia di tanah eropah,
bahkan bilangannya semakin bertambah di setiap pelusuk dunia,
bukan seorang dua, malah ratusan dan mencecah ribuan,
yang mana asalnya mereka bukan lahir dalam rahmat islam,
namun hati mereka inginkan serta mencari kebenaran,
justeru Allah kurniakan hidayah-Nya kepada mereka...

Lalu aku melihat negara dan bangsa ku sendiri,
yang majoritinya lahir dalam kelompok islam,
namun berapa ramai yang menghargai nikmat islam itu,
ramai juga yang tidak menyedari betapa ia berharga,
lantas ramai yang lari dari fitrah hidupnya,
sehingga ada yang tegar meninggalkan akidah asalnya... 

Dan aku melihat diri ku sendiri,
lalu aku ajukan soalan demi persoalan,
adakah nikmat islam dan iman ini, 
aku hargai serta manfaatkan sebaiknya?
atau aku dan mereka tidak ada bezanya,
syukurilah rahmat islam serta iman yang diberikan,
sebelum Allah menarik kembali ia dari jiwa kita,
na'uzubillahiminzalik....


"aku insan yg memerhati dan melihat,
selaku perantau di dunia perantauan"

-insanrabbani-

1 comment:

  1. kekuatan tak semestinya bergantung pada jumlah..
    solidariti lebih terasa bila terhimpit..

    ReplyDelete