ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Saturday, September 8, 2012

Islam, Iman, Ihsan



Suatu hari Saidina 'Umar dan beberapa org shbat duduk di sisi Rasulullah. Tiba-tiba muncul di hadapan mereka seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam.Tidak ternampak pada dirinya kesan2 bahawa dia seorang musafir dan tidak seorangpun di kalangan shbat yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda

Lelaki: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Rasulullah: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,
engkau mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki: Benarlah engkau.

Mereka pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya...

Lelaki: Terangkan kepadaku tentang lman.
Rasulullah: bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki: Benarlah engkau.



Lelaki:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.
Rasulullah: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.
Rasulullah: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Rasulullah: apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu Saidina 'Umar terdiam sebentar.

Rasulullah: Wahai 'Umar, Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?
Saidina 'Umar: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Rasulullah: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

(sumber- hadis ke-2 dari hadis 40,imam nawawi)

1 comment:

  1. kesimpulan :
    agama terdiri daripada islam, iman dan ihsan..

    ReplyDelete