ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Sunday, November 4, 2012

Allah sentiasa berbicara dengan kita


Sering hati kita rasa gelisah,
Kadangkala rasa tak tenang...
Seperti ada sesuatu yang kurang dalam hidup ini,
Seperti ada persoalan yang belum terjawab,
Lalu kita cuba mencari jawapan,
kepada setiap persoalan....

Kita cuba hiburkan diri,
dengan harapan ceria hati dan perasaan...
Namun...Terhibur hanya sementara...
Mungkin benar kata-NYA bahawa,
"Ssungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau..."(1)
Bila kita renung-renungkan kembali,
Rupanya kita hanya berlegar di dalam satu permainan hidup,
Persoalan tinggal tanda tanya...

Lalu aku teringat akan firman-Nya,
"Hanya dengan mengingati Allah jiwa kan mnjadi tenang..."(2)
Ya, ketenangan itulah yang kita cari,
Berapa ramai manusia yang mewah hidupnya,
Namun gagal mencapai ketenangan hidup...
Dan mungkin ini lah jawapan bagi persoalan itu...
Kerana itulah Dia menyeru kita:
"...ingatlah kepada Allah dengan mengingat sebanyak-banyaknya."(3)
Mungkin kita dah melupakan Allah,
Dan mungkin kerana itu Allah juga melupakan kita,
Dia berfirman lagi,
"Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepadamu..."(4)
Dari ayat ini, aku terfikir...
Indahnya hubungan Hamba dengan Tuhan...

Aku mula mmahami akan perasaan gusar yang menjelma,
Lalu cuba kita berfikir sejenak,
Siapakah yang mndatangkan perasaaan gusar itu???
Hakikatnya Allah lah yang mengirimkan perasaan itu,
supaya dengan kegelisahan itu kita mencari penawarnya,
juga sebagai panggilan untuk kita kembali kepada fitrah...
"....Dia (Allah) telah mnciptakan mnusia menurut fitrah itu"(5)
Itulah fitrah islam...
Aku silap, Allah tidak melupakan kita begitu sahaja,
Namun hakikatnya Allah sedang berbicara dengan kita...

Lalu aku berusaha mengingati Dia,
Namun dimanakah Dia sebenarnya?
Puas aku cuba mencari jejak-NYA...
Adakah di lautan api atau pun di gunung tinggi...?
Ternyata sekali lagi aku silap,
kerana Dia pernah berfirman,
" Dan apabila hamba-hamba ku bertanya tentang aku, katakanlah aku amat dekat..."(6)
Kini ku tahu Dia tidak jauh di langit sana,
Namun amat dekat di hati hamba-hambaNya...

Maka jika kau ditimpa kesusahan atau diuji dengan keresahan...
Ingatlah bahawa Allah sedang berbicara dengan mu...
Dan ketahuilah bahawa ayat-ayat quran itu bukan hanya tulisan pena,
namun kalam Allah kepada kita...
Allah sentiasa berbicara dengan kita,
pergilah berbicara dengan Dia, pada setiap doa dan sujud mu... :-)

(1) Surah Muhammad, ayat 36
(2) Surah al-Ra`du, ayat 28
(3) Surah Al-Ahzab, ayat 41
(4) Surah Al-Baqarah, ayat 152
(5) Surah Ar-Rum, ayat 30
(6) Surah Al-Baqarah, ayat 186