ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Sunday, May 5, 2013

PERJUANGAN YANG MASIH PANJANG


Penat sudah kita berusaha,
Sampai ke malam kita berjaga,
Qiammullail, solat hajat dan doa sentiasa,
Mengharapkan kemenangan akan bertakhta,
Namun Allah masih tak izinkannya...

Bukan sekejap kita menunggu,
Lima tahun telah pon berlalu,
Ini kali mengharap pemimpin yang baru,
Namun masih sama seperti yang dulu...

Adakah sia2 semua yang ku lakukan?

Hey... Keluhan seorang pejuang!
Sudahkah engkau berputus asa?
Sedang Allah hanya menguji mu,
Untuk lihat kau tetap atau berpaling tadah...

Yakinlah dengan janji Illahi,
Bahawa islam akan menang suatu hari nanti,
Tiada istilah kalah dalam perjuangan ini,
Hanya kemenangan atau belum menang lagi...

Biarkan mereka gembira dengan dusta,
Kerana semua itu tidak kekal lama,
Jangan lupa prinsip orang kita,
Biar putih tulang jangan putih mata,

Terimalah dengan hati yang tenang,
Kerana ia adat orang berjuang,
Akui lah dengan jiwa yang lapang,
Bahawa perjuangan kita masih panjang

Ini kali bukanlah titik nokhtah haraki,
Kerana berjuang haruslah sampai mati,
Walau cahayanya malap belum menyinari,
Yakinlah  ia hanya gerhana bukan terbenam matahari...

3 comments:

  1. sungguh syahdu~

    ReplyDelete
  2. malaysian are not ready,masih belom layak, fitnah² bertaburan ats kepentingan parti, nak salahkan siapa lagi? yang nak menegakkan kebenaran tuh pun bertindak bende bukan²,tgu lah lagi 5 thun lahir generasi yang btul² elok dalamnya

    ReplyDelete