Sewaktu kecilku, aku belajar bertutur dalam bahasa melayu...
Itulah bahasa pertama atau bahasa ibunda,
Dimulakan dengan kefahaman melalui bahasa isyarat,
Kemudian mula berjinak dengan bahasa persekitaran...
Sehinggalah ke alam tadika,
Aku belajar bahasa "Melayu" dalam bahasa "Melayu"...
Dan apabila masuk ke sekolah rendah,
Aku mula belajar "English" dalam "Melayu",
Tatkala aku meningkat remaja pula,
Aku belajar "English" dalam "English",
Lama kelamaan ia mula sebati dengan diri...
Selepas sahaja tamat sekolah menengah,
Bagi memastikan kelangsungan pembelajaran,
Aku harus belajar "French" dalam "English",
Kadangkala belajar "French" dalam "Melayu",
Dan bila tiba sahaja aku di Perancis,
Aku belajar "French" dalam "French"...
Itulah kitaran bahasa hidup ku,
Pembelajaran satu bahasa,
Memerlukan pengajaran dari bahasa yang lainnya,
Namun tidak pernah ku duga,
Kini aku belajar "English" dalam "French",
Iaitu pembelajaran satu bahasa dengan bahasa lain yg sebelumnya diajar oleh bahasa itu....
-insanrabbani-