ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Tuesday, March 4, 2014

Apa yang ditakutan dengan hantu ?

Hantu sudah terlalu sinonim dengan budaya masyarakat melayu di Malaysia. Kita sering dimomokkan dengan cerita2 hantu di mana2, terutamanya di asrama2, tanah kuburan, rumah2 kosong dan sebagainya. Peliknya masyarakat cina dan india di negara kita kebanyakkannya tidak mengalami gangguan hantu seperti mana masyarakat melayu. Buktinya, jarang sekali kita mendengar orang cina atau india yang dirasuk hantu.

Jika kita luaskan lagi skop perbincangan, kita dapat melihat budaya masyarakat yang berbeza mengenai gambaran mereka terhadap hantu di tempat masing2, mungkin juga hantu itu yang berbeza mengikut budaya masyarakat di sesuatu tempat... Kalau di Malaysia, hantu yang terkenal ialah pocong, pontianak, toyol, hantu raya, hantu galah dan lain2.... Manakala di dunia barat, kita selalu dengar hantu2 dari jenis zombi, hantu berbentuk anak patung, vampire(pontianak versi barat). Bila kita berpindah ke negara Cina pula, hantu2 yang mereka filemkan, selalu dikaitkan dengan kung fu dan kebanyakkannya filem berbentuk komedi bukan filem seram. Dan kita pergi ke Perancis pula contohnya, jarang sekali masyarakatnya menceritakan hal2 berkaitan dengan hantu, mereka umpama tidak mempunyai masalah dengan gangguan hantu, dan mungkin sebahagian besar dari mereka langsung tidak mempercayainya...

Siapakah dia atau apakah itu hantu?

Sebelum kita menyingkap dengan lebih lanjut kisah mengenai hantu, kita harus kenal siapakah atau apakah hantu ini sebenarnya. Hantu adalah istilah yang digunakan oleh manusia untuk menggelar jelmaan jin di dunia nyata. Hakikatnya, mempercayai kewujudan jin adalah sebahagian daripada iman, kerana ianya adalah antara perkara sam'iat yang disebutkan di dalam al-Quran.

Jin merupakan makhluk ghaib yang juga diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah seperti manusia.

Surah Az-Zaariyaat ayat 56 :
" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." 


Seperti manusia, jin juga diberi pilihan untuk taat kepada Allah atau kufur. Maka terdapatlah dua golongan jin, iaitu jin islam dan jin kafir. Jin kafir ini digelar sebagai syaitan.

Bagaimana pula dengan Iblis? Iblis bukanlah dari golongan malaikat seperti mana yang sering kita dengarkan, namun jelas di dalam al-quran menyebut mereka adalah segolongan jin yang angkuh dan sombong untuk sujud kepada adam, mereka ingkar dengan perintah Allah, maka Allah laknat dan hukum mereka menjadi penghuni neraka. Sedangkan malaikat itu adalah makhluk yang sentiasa taat kepada Allah dan sesekali tidak pernah kufur.

Surah Al-Kahfi, ayat 50 :
" Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya....."

Namun siksaan azab itu Allah tangguhkan sehingga ke hari qiamat, maka golongan Iblis ini boleh menghasut manusia dan golongan jin yang lain serta anak cucu keduanya untuk menjadi teman mereka di neraka kelak.
(surah Al-Hijr, ayat 35-40)

Apa beza Iblis dan syaitan?
Iblis adalah segolongan jin yang terawal yang ingkar dan tidak mahu sujud kepada nabi adam. Namun tidak semua jin itu adalah iblis. Iblis ini lah yang berjanji akan menyesatkan umat manusia. Manakala anak cucu iblis ini dan sebahagian dari jin2 yang lain, ada yang mengikuti jejak langkah 'iblis original' tadi. Maka kesemua golongan2 jin yang kufur ini kita gelarkan sebagai syaitan.

Mengapa jin sering mengganggu dan menakutkan manusia?

Persoalan yang timbul, mengapa mereka suka mengganggu, sama ada gangguan dari sudut jelmaan, kerasukan, bunyi-bunyian, pergerakkan sesuatu benda dan sebagainya.
Sebelum menjawab persoalan ini, saya ingin mengutarakan dahulu faktor-faktor yang menjadikan manusia takut kepada hantu:

1) Fitrah manusia

Sudah menjadi fitrah manusia takut kepada sesuatu penampilan yang bersifat buruk dan menyeramkan. Maka tidak hairan jika manusia takut kepada hantu yang sering menjelma dengan wajah2 yang ngeri dan buruk dalam dunia yang sebenar.

Juga menjadi fitrah, manusia itu takut kepada sesuatu perkara yang berlaku diluar kebiasaan logik akal mereka. Maka mereka akan takut kepada bunyi2an atau pergerakkan yang tidak mempunyai kaitan dengan logik sains.

2) Manusia takut dengan sesuatu yang dia tidak tahu.

Contohnya, mengapa manusia takut bergerak dalam keadaan gelap? Kerana manusia tidak tahu apa yang ada disekelilingnya, yang membenarkan mereka untuk bergerak atau pun tidak. Maka pengetahuan kita yang cetek mengenai hantu ini, kita tidak tahu sejauh mana hantu ini boleh melakukan sesuatu kepada kita. Maka kita takut dan melarikan diri dari mereka.

3) Kekuatan atau "kuasa ghaib"

Sebahagian manusia takut kepada hantu, kerana "kuasa ghaib" yang mereka ada. Mereka membayangkan kemampuan2 jin yang boleh memudharatkan manusia. Namun sejauh mana kekuasaan makhluk ghaib ini yang sebenarnya, saya ulas kemudian.

Adakah salah takut kepada hantu?

Jika ketakutan kita kepada hantu kerana penampilan mereka yang menyeramkan, ianya normal dan tidak salah kerana fitrahnya kita bersifat demikian. Sama sahaja jika kita takut kepada harimau dan beruang yang mempunyai muka yang ganas dan menyeramkan.

Namun jika takutnya kita kepada hantu atau jin kerana membayangkan kekuasaan mereka, takut akan kemampuan mereka menganiaya manusia, adalah sesuatu yang salah, malah terdapat unsur2 syirik di situ. Boleh jadi kita mempercayai adanya kuasa lain yang hebat selain Allah. Dan boleh jadi ketakutan kita kepada jin ini melebihi ketakutan kita kepada Allah. Lebih buruk lagi, sebahagian manusia meminta2 perlindungan dan kelebihan daripada golongan jin ini kerana mempercayai "kuasa ghaib" yang mereka ada. Maka jatuhlah mereka dalam perbuatan syirik yang nyata.

Apabila ketakutan kita kepada "kuasa" hantu itu boleh mendekatkan kita dengan syirik, maka ia merupakan jawapan utama kepada persoalan pertama yang saya lontarkan. Iaitu tujuan golongan jin menakut2kan manusia adalah untuk mendekatkan manusia kepada syirik dengan kata lain menyesatkan manusia. Maka tidak hairan gangguan jin ini sering terjadi kepada masyarakat melayu islam di Malaysia, dan jarang di kalangan masyarakat india dan cina.

Namun tidak dinafikan sebab2 lain yang memungkinkan gangguan itu berlaku, iaitu kerana menjadi hiburan kepada mereka, juga kerana mereka rasa terganggu oleh manusia atau mereka suka kepada manusia tertentu dan cuba mengganggunya.

Yang peliknya, masyarakat melayu ini sering disajikan dengan cerita2 atau filem2 hantu, tambahan pula filem2 hantu ini merupakan antara filem yang terlaris di Malaysia. "Pontianak Harum Sundal Malam", "Hantu Kak Limah", "Khurafat", "Ngangkung" dan banyak lagi.


Hakikatnya fIlem2 ini menyerapkan budaya yang tidak sihat, membina masyarakat yang pengecut dan boleh sedikit sebanyak mendekatkan lagi masyarakat dengan syirik. Kita umpama membantu golongan2 jin ini dalam melakukan kerja2 mereka untuk menakut2kan manusia, malah kita memudahkan lagi kerja mereka apabila masyarakat menjadi penakut.

Filem2 ini memaparkan wajah2 hantu yang kadang kala tak pernah terbayang di minda kita, menunjukkan gangguan2 yang pernah wujud dan sebahagiannya tidak pernah pon terjadi. Juga menunjukkan kuasa2 hantu yang luar biasa, malah ada yang menunjukkan sesuatu yang di luar kemampuan jin itu sendiri untuk melakukannya...

Betulkah jin mempunyai kuasa?
Ya, tidak dinafikan Allah memberikan kepada golongan jin ini beberapa kelebihan yang tidak dipunyai oleh manusia, antaranya:

1) Mereka boleh melihat kita namun tidak sebaliknya melainkan mereka yg menjelmakan diri
2) Mereka boleh berubah kepada pelbagai bentuk jelmaan
3) Sebahagian dari mereka bersaiz amat besar dan tinggi
4) Mereka mempunyai tenaga yang kuat dan mampu mengangkat sesuatu yang berat
5) Mereka mampu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat
6) Mereka mempunyai hayat yang panjang
7) Mereka mampu merasuki manusia
8) Beberapa kemampuan gangguan sihir yang lain
(sihir merupakan ilmu hitam yang sedikit berbeza dari gangguan2 biasa, saya tidak mengulasnya di sini)

Namun sesekali kekuatan atau kelebihan yang Allah berikan kepada golongan jin ini tidak dapat memudharatkan manusia tanpa izin Allah. Lalu Allah memerintahkan manusia meminta perlindungan daripada-Nya. Maka haram hukumnya meminta perlindungan dari jin atau pon memuja mereka untuk mendapat perlindungan tersebut. Dan golongan jin ini sesekali tidak dapat memudharatkan manusia jika kita berlindung dengan ayat2 Allah.

Amat sedih melihat masyarakat melayu kita, yang sebahagiannya terlibat dengan aktiviti bomoh, memuja tempat2 yang dirasakan keramat, menyimpan barang2 warisan seperti keris atau tangkal, hatta meminta izin laluan kepada "atok" yang duduk pokok2 besar, dengan ucapan "Atok, cucu tumpang lalu..." dan sebagainya...

Siri televisyen "Dua Dunia"

Dua Dunia merupakan rancangan TV indonesia bersiri yang menunjukkan babak2 interaksi antara manusia dan jin. Mereka pergi ke tempat2 yang banyak terjadinya gangguan dan perbuatan syirik untuk menyingkap apa sebenarnya yang terjadi.

Rancangan ini bukanlah seperti rancangan paranormal kebanyakkannya yang mencari2 kewujudan hantu bagi bertujuan membuat rancangan yang seram dan menakutkan penonton, sebaliknya dua dunia menggalakkan manusia supaya menghilangkan rasa takut terhadap makhluk2 ghaib ini. Saya baru memaklumi akan wujudnya rancangan ini dan dah menonton banyak siri2nya di youtube. Saya tak berniat nak bercerita panjang mengenainya, namun apa yang menariknya, ada beberapa perkara yang kita boleh ambil mengajaran daripada hasil berdialog bersama golongan jin ini, antaranya:

1) Kebanyakkan jin yang mengganggu manusia, mereka mengakui bahawa mereka tidak mampu mengganggu orang beriman, sering solat dan membaca zikir sewaktu melintasi tempat mereka. Apabila ditanya, bagaimana mereka membezakan antara orang beriman dengan tidak, mereka kata, akan terlihat cahaya bersinar pada tubuh orang tersebut yang menjadikan mereka panas untuk mendekati apatah lagi mengganggu.

2) Mereka mengakui suka memanfaatkan tempat2 tertentu untuk menjadikan manusia mengamalkan amalan2 syirik iaitu di kawasan perkuburan, di tempat2 kematian dn orang membunuh diri, di tempat yang sering terjadi bencana atau kemalangan. Mereka hadir ditempat2 yang dianggap keramat seperti ini, mengganggu dan menjelmakan diri agar manusia menganggap kematian, kemalangan, dan bencana itu ada kaitannya dengan benda ghaib dan roh orang mati yang berkeliaran. Hakikatnya kejadian2 itu berpunca daripada faktor geografi dan roh itu sesekali tidak dapat dilihat atau berkeliaran melainkan golongan jin yang mengakui diri mereka sebagai orang yang mati itu.

3) Golongan jin ini menyatakan dan mengakui kebodohan manusia yang meminta-minta daripada mereka untuk kesenangan hidup tanpa bekerja keras. Golongan jin adalah makhluk yang mengakui kewujudan Allah walaupun mereka tidak beriman atau pun kafir. Maka mereka juga mengakui segala rezeki datangnya daripada Allah bukan dari golongan mereka

4) Jin-jin islam. Mereka merupakan golongan jin yang sudah mengucap dua kalimah syahadah. Dan mereka mampu membaca ayat2 al-quran, bersalawat ke atas nabi malah melaungkan azan tanpa merasa panas. Lebih menarik lagi apabila jin2 ini memberikan nasihat, tazkirah buat crew2 Dua Dunia yang hadir. Namun berhati2, kerana banyak juga jin kafir yang mengaku diri mereka sebagai muslim.

5) Oleh kerana jangka hayat jin ini terlalu lama, ada yang mencecah ribuan tahun, mereka merupakan makhluk yang pakar dalam sejarah tempat tinggal mereka. Menarik apabila mendengar mereka bercerita mengenai sejarah perjuangan mujahid2 indonesia menentang penjajahan belanda juga sejarah sesuatu tempat itu tertubuh.

Contohnya dalam satu babak dialog, "Seekor" jin menceritakan asal usul nama Surabaya (di Indonesia). Iaitu "Sura" bermaksud berani dalam bahasa mereka dan "Baya" bermasud bahaya. Nama itu diberikan kerana rakyatnya yang berani mengahadapi bahaya atau kata lainnya berani berjuang menentang penjajah pada zaman itu.

Namun kata2 jin ini tidak boleh kita jadikan dalil atau sumber sejarah, kerana kita tidak boleh memastikan kesohihanya, sama ada mereka berkata benar atau pun tidak. Cumanya penceritaan mereka boleh menguatkan lagi fakta sejarah yang ada, juga nasihat2 mereka boleh diambil untuk kebaikan. Maka interaksi dengan makhluk ghaib ini harus dipandu oleh orang wara' yang berilmu agar tidak terpesong.


Kesimpulan daripada penulisan saya ini,

Takutnya kita kepada hantu ini adalah disebabkan kurangnya keyakinan kita kepada kuasa dan perlindungan ayat2 Allah. Perasaan takut ini hakikatnya memberikan kesan2 buruk lain dalam kehidupan kita. Mungkin juga kerananya kita takut untuk pergi ke masjid di waktu gelap, bangun qiammullail dan beribadah di malam hari kerana membayangkan benda2 yang pelik di sebalik kegelapan malam. Juga ketakutan itu mengganggu dan membantutkan aktiviti kita pada waktu malam seperti tidur, 'study' atau buang air.

Di dalam islam, sifat penakut atau dalam bahasa arabnya "al-jubnu", merupakan satu sifat yang mazmumah dan tidak patut ada pada seorang muslim. Logiknya "takut tidak menjauhkan bahaya", hadir atau pun tidak sifat takut itu dalam diri kita, tidak mengubah apa2 kepada bahaya yang mendatang. Namun kita sering takut kepada sesuatu yang hakikatnya tidak bahaya...

Terdapat satu doa yang ma'thur untuk mengelakkan kita menjadi orang yang penakut:


Saya nasihatkan bagi mereka yang mempunyai anak atau adik yang masih kecil. Jangan sesekali memomokkan mereka dengan cerita-cerita hantu, apatah lagi membenarkan mereka menonton filem2 hantu. Jaga kesucian pemikiran mereka, jangan besarkan mereka dengan unsur2 syirik dan jangan menjadikan mereka seorang muslim yang penakut.

Jadi marilah sama2 kita melawan sifat takut itu dengan meningkatkan keyakinan kepada Allah. Kenali betul musuh kita iaitu syaitan, agar kita tahu tipu daya dan kelemahan mereka. Dan tidak wajar seorang muslim itu takut kepada musuhnya.

Jaga ibadah kita sebagai benteng, minta lah perlindungan dari Allah dengan zikir dan doa sebagai senjata.
Maka musuh yang utama bukanlah syaitan itu, tapi musuh yang utama itu adalah ketakutan yang hadir dalam diri kita sendiri atas ceteknya ilmu dan lemahnya iman kita.

Wallahua'lam...


Monday, November 25, 2013

Impikan pemuda yang matang


Aku mengimpikan pemuda yang matang,
Yang lebih matang dari umurnya,
Seperti pahlawan silam terbilang,
Yang mengukir sejarah tatkala zaman mudanya,

Bukan yang sentiasa bergurau kebudakan,
Bukan yang masih bermain keanakkan,
Tapi pemikiran mereka yang terkehadapan,
Juga punyai jiwa yang jitu dan mapan,
Malah mampu memimpin dan menjadi rujukan...

Usamah, kita singkap kehebatannya,
Salahuddin, Kita telusuri keperkasaannya,
Al-Fateh, kita terokai kegemilangannya,
Hebat! perkasa! gemilang! di zaman mudanya,
Kerana matang perbuatan dan pemikirannya...

Pemuda-pemuda hari ini harus sedar,
Yang mereka punyai semangat yang berkobar,
Punyai jiwa yang masih kentar,
Miliki akal yang masih bertunas mekar,
Juga pemikiran yang masih segar,
Malah kekuatan bak halilintar...

Maka pemuda-pemuda ini harus dikejutkan dari lenanya,
Disedarkan siapakah dia yang sebenarnya,
Ummah diperjuang oleh mereka sebelumnya,
Yang menjadikan islam gemilang berabad lamanya...

-Insan yang masih belajar untuk matang-

Friday, November 8, 2013

Rasa yang tidak pernah cukup


Allah dah beri apa yang kita perlukan,
Malah kita masih meminta-minta apa yang kita mahukan,
Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita...

Namun Allah juga beri kita nafsu untuk menguji,
Nafsu yang tidak pernah merasa cukup,
Nafsu yang tidak pernah merasa puas...
Dan kadangkala kita terlalu ikutkan nafsu,
Melakukan apa sahaja untuk capai kehendak nafsu,
Malah kita mengorbankan segala yang sedia ada untuk itu...
Ya!, kita bisa menunaikan kehendak itu.
Ya!, kita mampu untuk mencapai segala kemahuan.
Namun tatkala kita peroleh segalanya yang kita hendak,
Di akhirnya kita mungkin akan sedar,
Bahawa kita telah kehilangan segalanya yang kita perlukan...

Sedarlah wahai hamba,
Ingatlah Tuhan mu yang memberi,
Jangan kau bertuhankan nafsu yang memusnah,
Syukurlah dengan apa yang ada,
Jangan kau korban kan ia untuk sesuatu yg lain...

Hidup mu tidak lama di dunia,
Namun kau masih mengejar nikmat duniawi,
Sehingga kau kufur dengan nikmat yang telah Dia berikan,
Malah kau sanggup ingkar dengan Tuhan mu...

Berhentilah mengejar segalanya yang kau mahukan,
Sebelum kau hilang segalanya yang kau perlukan...

Sunday, May 5, 2013

PERJUANGAN YANG MASIH PANJANG


Penat sudah kita berusaha,
Sampai ke malam kita berjaga,
Qiammullail, solat hajat dan doa sentiasa,
Mengharapkan kemenangan akan bertakhta,
Namun Allah masih tak izinkannya...

Bukan sekejap kita menunggu,
Lima tahun telah pon berlalu,
Ini kali mengharap pemimpin yang baru,
Namun masih sama seperti yang dulu...

Adakah sia2 semua yang ku lakukan?

Hey... Keluhan seorang pejuang!
Sudahkah engkau berputus asa?
Sedang Allah hanya menguji mu,
Untuk lihat kau tetap atau berpaling tadah...

Yakinlah dengan janji Illahi,
Bahawa islam akan menang suatu hari nanti,
Tiada istilah kalah dalam perjuangan ini,
Hanya kemenangan atau belum menang lagi...

Biarkan mereka gembira dengan dusta,
Kerana semua itu tidak kekal lama,
Jangan lupa prinsip orang kita,
Biar putih tulang jangan putih mata,

Terimalah dengan hati yang tenang,
Kerana ia adat orang berjuang,
Akui lah dengan jiwa yang lapang,
Bahawa perjuangan kita masih panjang

Ini kali bukanlah titik nokhtah haraki,
Kerana berjuang haruslah sampai mati,
Walau cahayanya malap belum menyinari,
Yakinlah  ia hanya gerhana bukan terbenam matahari...

Friday, May 3, 2013

Hakikatul Ukhuwwah

Bila bercakap mengenai ukhwah mungkin sebahagian dari kita dah lali mendengarnya... Tapi penulisan ini bertujuan mendalami hakikat ukhwah itu sendiri...


Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan:
"Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan,manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."


Ringkasnya ukhwah itu terbina atas dasar agama serta keimanan, dan ukhwah ini hanya wujud di antara orang2 muslim yang beriman... Hubungan yg dibina bukan atas dasar hubungan insaniyyah semata namun juga atas dasar islamiyyah apatah lagi dakwah dan tarbiyyah... Maka orang yg berukhwah ini dalam bahasa kita, digelar ikhwah... 

Memang banyak kebaikan2 yg wujud dari ukhwah ini, dan itulah yang selalu kita dengar... Namun disebalik manisnya berukhwah ada cabaran2 pahit yg kadangkala harus dilalui...Bukan jarang ukhwah ini terguris, malah tergurisnya ikatan ukhwah ini kadangkala lebih kerap dari tergurisnya ikatan persahabatan biasa... Mudah sahaja kita terasa dgn ikhwah berbanding dgn seorang kawan biasa, cepat betul melenting bila dgn ikhwah dan macam2 lagi... Namun tidak dinafikan bukan semua ikhwah mengalami demikian...

Dimanakah silapnya? Apakah punca kepada semua ini? Dan salah siapa?

Berdasarkan pemerhatian, pengalaman serta pengkajian yg tak seberapa... Ada beberapa perkara yang aku rasa perlu diberi perhatian di sini... Mungkin perkara2 yg kita tidak perasan atau terlepas pandang yang menyebabkan ukhuwah ini tidak seindah seperti yang dikhabarkan... 
Iaitu:

- Mungkin kita belum benar2 beriman 

Daripada Abu Hamzah ibn Malik ra, khadam Rasulullah s.a.w, Nabi s.a.w bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin kerana belum hadir sifat kasih kepada saudara seagama kita, menjadikan ukhwah itu rapuh... Kasihi orang lain seumpama kita kasih pada diri kita, itulah asas kepada ukhuwah... Apabila kita belum benar-benar beriman bermakna kita belum benar-benar berukhwah...

Kita lihat pula surah Al-Anfaal 8 :ayat 63...

“… dan Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” 

Berdasarkan ayat ini, kita tahu hanya Allah yg menyatukan hati orang2 beriman,  dan tidak ada daya bagi manusia utk menyatukan hati2 mereka walaupun seberapa banyak harta yang mereka belanjakan... Bermakna ukhuwah ini adalah dibawah pandangan dan jagaan Allah... Maka, untuk menjaga hubungan ukhwah ini, harus kita jaga hubungan dgn Allah...

Berukhwah tidaklah sama seperti berkawan...Ikatan ukhwah didasari dgn iman, bermakna jika menurun atau goyahnya iman kita, maka rapuhlah ikatan itu...

Mungkin disebabkan ibadah kita yg kadangkala tidak terjaga, jahiliyyah yang masih berbaki dalam diri, juga maksiat2 yang kita sering lakukan, maka Allah tarik kenikmatan berukhwah dalam diri kita... Na'uzubillah...

- Ujian dari Allah kepada orang2 beriman 

Allah sentiasa menguji orang beriman... Siapakah di antara orang2 yg mengakui dirinya beriman ini, yg melakukan kerja dakwah dan tarbiyyah ini, yang mana kah dari kalangan mereka yang betul2 beriman... 
Maka Allah uji kita dengan tercalarnya ukhwah, Allah nak lihat bagaimana kita menghadapinya... Adakah dengan amarah? atau pun dengan iman...

Maka tidak mustahil hanya kerana masalah ukhwah ini, ada segelintir dari kita boleh ter"tapis" dari jalan ini... Na'uzubillah...

Pertelingkahan itu biasa, namun apa yg jauh lebih penting dari itu, adalah tindakan kita selepas bertelingkah... Adakah terbuka hati utk meminta maaf dan memaafkan? Atau tidak bertegur sapa sehingga melebihi dari tiga hari, maka jatuh hukumnya haram berdosa, apatah lagi memutuskan sillaturrahim...


- Serendah-rendah dan setinggi-tinggi ukhwah

“Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (berlapang dada), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”

Bersangka baik atau berlapang dada itu merupakan selemah-lemah ukhwah, jika sifat yg satu ini pon tidak mampu kita lakukan,bagaimana ukhwah bisa terjalin...

Kadang2 terkeluar dari mulut kita, 
" Nama je ikhwah tapi kenapa perangai mcm ni?"
" Dia orang tarbiyyah kan, tak kan tak faham lagi?"

Dan bermacam2 lagi ayat yg diselubungi syak wasangka dan kebencian...Namun cuba kita merenung diri kita, adakah kita ini ikhwah sehingga boleh terkeluar perkataan2 sedemikian rupa...?
Berlapang dada lah, ikhwah bukan bermakna sempurna...

Setinggi2 ukhwah pula adalah ithar... Suatu sifat terpuji disisi Allah, iaitu kita melebihkan sahabat kita dari diri kita sndiri... Orang selalu mengulas ithar ini dgn sesuatu yang bersifat kebendaan, melebihkan harta, makanan, minuman buat saudara lebih dari diri sendiri... 

Namun mungkin yang kita terlepas pandang adalah ithar dari sudut emosi, iaitu melebihkan perasaan sahabat dari perasaan kita sendiri... Mungkin juga ia sesuatu yg lebih sukar, iaitu membiarkan perasaan kita terguris untuk menjaga hati orang lain, apatah lagi untuk menjaga ukhwah... Subhanallah, barang siapa yg mencapai tahap itu, percayalah dia tidak tersia di mata Allah... 

Bersabarlah dan kita tidak akan berasa penat untuk itu jika kita benar2 ikhlas...


- Wujud penyakit-penyakit hati 
Dengki: Dengki adalah suatu yg tersembunyi dlm diri. Tanda2 dengki adalah apabila kita merasa resah tatkala sahabat kita mendapat kesenangan dan gembira tatkala sahabat kita mendapat kesusahan atau kecelakaan. Dari sekecil2 perkara seperti keputusan peperiksaan, rezeki atau kelebihan2 yg diperolehi olehnya...

Dendam: Perasaan buruk yang disimpan... Kadangkala, akibat ssuatu peristiwa yg dia lakukan kepada kita, masih juga kita menyimpan, teringat dan mengungkit-ungkit serta enggan memaafkan walaupun ia telah lama berlaku... Buanglah kotoran dalam hati, jangan disimpan akan ia, sebelum ia menjadi keladak yang terkumpul dan sukar dicuci...

Mungkin terkadang hati kita bermolonog, 
" Aku nak dia rasa apa yg aku rasa..."
" Dulu dia buat kat aku, sekarang rasakan..."
Ketahuilah itulah dendam...

Sombong (ego): Tidak mahu kalah dan bertoleransi dalam perselisihan, enggan mengaku salah dan memaafkan, apatah lagi meminta maaf...Berjumpa sering sahaja berpaling muka apatah lagi menegur atau menyapa...Bahayanya sifat sombong ini, kerana dengannya lah syaitan masuk ke neraka buat selama2nya...

Ujub: Bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya.

Sifat2 mazmumah ini adalah racun dalam ukhwah... Ianya amat halus dan tersembunyi disebalik hati...Moga dihindarkan kita dari sifat2 ini...

Apa pun yg terjadi, ukhwah ini tetap perlu malah wajib dijaga dan dipelihara, malah tidak masuk syurga orang yang mmutuskan sillaturrahim... 

Dari Jubair bin Muth'im; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
«[لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ» [صحيح البخاري ومسلم]
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturahmi". 
[Sahih Bukhari dan Muslim]

Eratkanlah yang bersaudara, damaikanlah yang bertelingkah...
- Akhir kata ukhwah fillah, ;-) -