ASSALAMUALAIKUM

Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya air lautan itu menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku ditulis, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya. (109; Al-kahfi)

Saturday, April 18, 2015

Hanya Kerana Secebis Kebaikan

Dalam hidup ini, 
kita perlu berusaha mencari kebaikan...
Agar diri kita menjadi lebih baik dari yang sekarang...
Biarlah sedikit pun kebaikan yang diamalkan,
namun sematkan kebaikan itu dalam diri kita,
Dan usaha untuk tetap dalam melakukannya...

Kemudian ajaklah orang lain untuk melakukan kebaikan itu...
Percayalah ada bahagian buat kita dari kebaikan yang kita ajarkan...
Bahkan itulah salah satu amalan dan ganjaran yang berterusan,
walaupun kita tiada lagi di dunia...

Ya... Manusia akan melihat pada hasil...
Menilai dari sudut apa yang mereka lihat...
Tapi Allah melihat pada usaha...
Hanya Dia sahaja yang tahu betapa kuat kita berusaha untuk berubah...

Mungkin ada kebaikan kecil yang kita lakukan,
Yang hakikatnya besar di sisi Allah...
Yang menjadikan Allah sayang pada kita...
Lalu Allah kurniakan sesuatu untuk kita menjadi lebih dekat dengan kebaikan...

Mungkin Allah kurniakan kita rakan2 yang baik,
rakan2 yang sedikit sebanyak membimbing kita ke arah kebaikan...
Mungkin Allah tempatkan kita di tempat yang baik,
tempat yang ada biah solehah yang dapat menjaga kita...
Mungkin Allah pandukan hati kita untuk lebih cintakan kebaikan,
menjadikan kita ringan untuk melakukannya...
Mungkin Allah campakkan rasa benci kepada keburukan,
menjadikan kita tawar untuk melakukan maksiat dan mula meninggalkannya...

Semuanya boleh terjadi hanya kerana secebis kebaikan yang kita lakukan...

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, 
rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam 
dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.” 
–Saidina Ali-


Friday, February 13, 2015

~Berehatlah Wahai Tuan Guru~



Setelah segala keperitan dan ujian hidup yang engkau lalui, 
Akhirnya engkau dijemput bertemu Illahi,
Begitu besar jasa yang kau beri,
Demi untuk mengislamkan dunia ini...

Berehatlah Tuan Guru dengan aman...
Walaupun engkau tiada lagi memimpin gerakan,
Segala warisan yang kau tinggalkan,
Tidak akan tersia ditelan zaman...
Juga prinsip yang kau perjuangankan,
Biarlah kami pula yang meneruskan...

Kini bumi ini menangisi pemergianmu...
Terasa kehilangan sumber agung khazanah ilmu...
Engkau telah pon melakukan apa yang termampu...
Berehatlah wahai Tuan Guru~


-insanrabbani-

Askar berkawal di masjid-masjid Perancis

Di halaman 'Grande Mosquée de Belfort' (Masjid Besar Belfort) 
13/2/2014. Hari itu dah masuk jumaat kelima, masjid2 di Belfort di kawal oleh askar2 dan polis perancis yang lengkap bersenjata...

Bermula dengan minggu pertama, aku dan seorang kawan datang agak lambat ke masjid... Waktu tu semua jemaah sudah masuk ke dalam... Perkarangan masjid kosong daripada jemaah melainkan kelihatan 2 orang askar yg mengawal di pintu gate utama... Kami yang tidak tahu apa2, cuba mengelak dari memasuki masjid melalui pintu gate tersebut... Lalu kami masuk ke pintu gate yg lain...

Apabila melepasi 2 askar tadi, kami berhadapan pula dgn seorang polis wanita dan seorang askar di hadapan pintu masjid... Aku pon menyapa mereka "bonjour" (selamat pagi), mereka membalas "bonjour"... kami pon masuk ke masjid melepasi mereka dengan muka selamba...

Khutbah telah pon bermula, tidak lama kemudian disusuli dengan solat jumaat 2 rakaat... Ketika solat, risau juga dengan askar2 diluar, terbayang kejadian2 pelik akan terjadi... Tambahan pula aku duduk di saf yg agak belakang, apa2 yg terjadi, aku yg akan kena dulu... Mungkinkah ada serbuan? Atau mungkinkah ada penangkapan? Atau..... Aku pon tak tahu kemungkinan apa lagi yg boleh berlaku...

Halaman Masjid Turki, Belfort
Seusainya solat, aku menjadi sedikit lega, tak ada apa yang berlaku... Jemaah masjid pon mula beredar keluar... Aku keluar agak lambat, kerana jalan ku ke pintu keluar dihalangi oleh orang2 yg sedang melakukan solat sunat, lalu aku duduk sebentar...

Tidak lama kemudian aku pon beredar keluar... Diluar masjid, aku terlihat askar dan polis yg berada di depan pintu masjid tadi,dengan jemaah masjid lainnya 'mengopi' dan 'merokok' bersama2 sambil berborak... Aku melihat kemesraan dan tiada ketegangan yang berlaku... Aku menjangkakan kehadiran mereka disitu dengan niat yang baik...

Petangnya di rumah, aku menceritakannya kepada seorang housemate yg merupakan senior aku... Dia pon memberi tahu aku yg sebenarnya ada serangan di salah satu masjid di Belfort baru2 ini... Syazwan, dia lah housemate yg paling banyak mendengar radio, kerana setiap pagi dan petang, waktu ke tempat kerja praktikal menaiki kereta, dia akan mendengar radio sepanjang perjalanan... Jadi dia tahu lebih banyak issu semasa tempatan dari kami...

Rupa2nya kehadiran tentera yg lengkap bersenjata itu bertujuan untuk menjaga masjid2 ini dari diserang oleh puak2 islamophobia, yang merupakan serangan2 balas kepada umat islam selepas rentetan serangan ke atas "Charlie Hebdo"...


___________________________________________________
Antara muka depan majalah Charlie Hebdo


Charlie Hebdo, majalah yang dengan secara bebasnya menghina agama2 dengan tulisan dan karikatur yg dilukis mereka... 

Pada 7 januari 2015, 2 orang lelaki bertopeng dan bersenjatakan AK47 menyerbu pejabat majalah di waktu mesyuarat sedang diadakan di antara kartunist2 atau penulis2 Charlie Hebdo... Diberitakan 12 orang telah terbunuh dan 11 cedera... Serangan diakhiri dengan laungan "allahuakbar"...

AK47 merupakan senjata yang digunakan terrorist dalam permainan video 'counter strike'... 
(merupakan antara senjata kegemaran aku)


Rentetan dari serangan:

Slogan "Je suis Charlie"(Saya adalah Charlie) bergema di mana2, ditulis dengan hebatnya pada dinding2 'muka buku' dan 'twitter'... Laungan yg menunjukkan kebersamaan mereka dengan akhbar tersebut atas prinsip "Liberté d'Expression"(Kebebasan Bersuara).

Dalam masa 3 hari, lebih 50 serangan dan ugutan oleh puak islamophobia diberitakan... Ada keluarga muslim yang ditembak, ada muslimat bertudung yang diserang, ada kedai kebab muslim yang dibom, malah banyak masjid yang diconteng dan digugat keselamatannya... Serangan balas di seluruh perancis yang umpama menyalahkan umat islam keseluruhannya...

Sedangkan yang turut terbunuh pada 7 januari adalah seorang anggota polis muslim yang bernama Ahmad Merabet, yang pada hari serangan berada di sekitar pejabat akhbar... Malah suspek2 yang menyerang itu diberitakan telah pon terbunuh oleh polis beberapa hari kemudian...
                                 ___________________________________________________

Dunia hari ini sudah diracuni pemikirannya... Cuba menyebarkan virus fobia kepada agama suci islam... Setiap kelakuan buruk penganutnya sering dikaitkan dengan ajaran agama islam itu sendiri...

Malah media juga memainkan peranan yang amat hebat dalam menyemai doktrin... Media dunia yang dilihat berat sebelah dan pilih bulu amatlah hebat dalam menyerang islam... Berita serangan2 islamophobia ke atas umat islam dan tempat ibadahnya tidak begitu menjadi viral seperti berita serangan yg dilakukan 2 orang islam terhadap Charlie Hebdo...

Namun begitu, apa pun niat atau pon tekad mereka untuk menyerang dan membunuh penulis2 Charlie Hebdo, ia tidak menghalalkan segala cara untuk mencapainya... Mungkin mereka dapat kepuasan dengan membunuh, kononnya menjadi hero yang mempertahankan Rasulullah... Hakikatnya mereka mengeruhkan lagi keadaan dan menambahkan lagi persepsi negatif dunia kepada islam... Mereka mengotorkan kesucian islam dan secara tidak langsung menconteng arang di muka Rasulullah... Malah tindakan mereka tidak menghentikan pencetakan majalah Charlie Hebdo untuk keluaran yang seterusnya...

Dari sudut penampilan, nama dan kata2, kita lihat mereka islam... Tapi apa yang mereka lakukan itu tidak bertepatan dengan apa yang islam ajarkan... Ada juga ura2 yang mengatakan mereka adalah watak2 yang dilakonkan atau dihantar musuh2 islam... Wallahua'lam, Allah lebih mengetahuinya...

Walaubagaimanapon, kita boleh puji pemerintahan barat yang bersifat adil terhadap rakyatnya, walaupun kadangkala berat sebelah terhadap islam... Sebahagian Masjid dijaga setiap hari jumaat utk mengelakkan serangan oleh puak2 islamophobia... Kini sudah masuk minggu ke-5...

Kesimpulannya, bila dia bernama muslim, bukan lah semua tindakannya itu dari islam.. Dan bila dia bernama kafir, bukanlah segala tindakannya menentang islam... Wallahua'lam...

Thursday, May 29, 2014

Ada apa dengan "ana" "anta" ...?

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang amat kaya dengan perbendaharaan kata... Keunikan tatabahasa, peribahasa, simpulan bahasa,  penjogoh bilangan malah pantun yang berkerat2, menjadikan ia berbeza dengan bahasa lain di dunia.

Hakikatnya, setiap bahasa yang wujud atas muka bumi ini membawa nilai2 atau memperlihatkan budaya sesebuah bangsa yang menuturkannya... Dan begitu juga dengan Bahasa Melayu yang juga mempunyai nilai2 budayanya yang tersendiri... Yang mana Bahasa Melayu melambangkan kesopanan, peradaban serta nilai hormat menghormati orang2 melayu...

Sebagai contoh, kita boleh lihat dengan jelas nilai hormat menghormati ini pada penggunakan kata ganti nama diri yang berbeza. Kata ganti nama diri yang pelbagai ini mengandungi unsur2 penghormatan kepada seseorang berdasarkan umurnya, jantinanya, pangkatnya serta hubungan kekeluargaan...

Jika kita imbas kembali kata ganti nama diri pertama dan kedua yang pernah dipelajari di sekolah dulu, kita ada beberapa perkataan yang biasa digunakan:

"saya", "aku", "beta", "hamba", "patik",
"anda", "awak", "engkau" "tuanku", "kalian", "kamu"...

Malah dalam pertuturan seharian masyarakat kita, ramai juga yang selesa menggunakan loghat2 traditional tempat kelahiran masing2 seperti :

"kawe", "teman","mung", "demo", "cek", "hang"...

Juga secara bahasa pasarnya, ramai yang membahasakan diri dengan nama sendiri atau kedudukannya dalam family seperti :

 "adik", "ayah", "abang", "kak long", "angah", "pak cik"...

Selain itu, kita juga membahasakan seseorang dengan pangkat yang disandang dan statusnya:
 "Datok", "Tan Sri", "tuan", "puan", "cik"

Kesemua kata ganti nama diri yang wujud dalam bahasa melayu ini hanya diterjemahkan dengan dua/tiga perkataan sahaja dalam Bahasa Inggeris ( I & you) , Arab (ana & anta) , Perancis (je, tu/vous) dan beberapa bahasa lain di dunia... Dengan siapa sahaja mereka berbicara, sama ada kawan, ibu bapa, masyrakat awam, golongan pembesar atau raja, kata ganti nama diri ini tidak berubah... Malah bahasa inggeris, arab dan perancis ini juga mempunyai loghat2 yang berbeza mengikut tempat, namun perbezaan loghat mereka sesekali tidak mengubah kata ganti nama diri yang digunakan seperti Bahasa Melayu.

Tidak cukup sekadar itu sahaja... Ada juga segolongan masyarakat yang selesa menggunakan kata ganti nama yang berasal dari bahasa lain... Yang mana ianya bergantung kepada gaya hidup mereka dan masyarakat sekeliling...

Contohnya kata ganti nama inggeris : " I " , "you", yang selalu digunakan oleh anak2 muda melayu di bandar2 dan juga golongan datin2 dan datok2 atau golongan berada...

Tambahan pula, sering ditunjukkan di dalam filem2 melayu di mana gangster2 biasanya akan berbahasa dengan  "Gua" , "lu", yang hakikatnya berasal dari bahasa indonesia. Namun saya tidak pasti sejauh mana bahasa itu betul2 digunakan dalam kehidupan seharian mereka...

Pendek kata, dalam bahasa melayu, setiap faktor seperti jantina, umur, pangkat, tempat, malah gaya hidup membezakan pengunaan kata ganti nama diri ini...

Begitu juga dengan penggunaan "ana" dan "anta" yang berasal daripada bahasa arab... Yang mungkin dilihat lebih digunakan oleh ustaz2, aktivis2 dakwah, dan golongan yang berpendidikan agama.

Hakikatnya, penggunaan gaya bahasa "ana" "anta" dan yang sewaktu dengannya mengandungi nilai adabnya yg tersendiri... Ia merupakan kata ganti nama yang tidak terlalu "formal" dan tidak terlalu "tidak formal"... Yang mana ianya tidak dapat digantikan dengan mana2 penggunaan kata ganti nama diri yang lain dalam Bahasa Melayu... Jika kita anggap penggunaan "saya" itu agak formal dalam perbualan seharian, dan "aku" itu sesuatu yang "tidak formal", saya boleh katakan "ana" itu berada ditengah2 antara "saya" dan "aku" dari sudut ke"formal"annya...

Dan sebenarnya ia telah pon di"bahasamelayu"kan... Sebutan "enta" , "enti" itu lebih sering kedengaran daripada sebutan sebenar dalam bahasa arab "anta", "anti"... Juga ada yang suka menggunakan perkataan "entorang" iaitu "enta" + "korang" yang sepatuty disebut dengan "antum" dalam bahasa arab... Malah jarang kita dengar penggunaan perkataan "nahnu" (kami), "hua" (dia), "antuma" (kamu berdua) dan lain2... Maka boleh saya katakan, ianya adalah salah satu gaya berbahasa orang melayu dengan dhomir (kata ganti nama) yang berasal dari bahasa arab.

Namun penggunaan "ana", "anta" ini bukanlah melambangkan baik jahat seseorang... Dan tak perlulah memandang orang2 yg menggunakannya sebagai orang yg merasakan dirinya baik... Ianya bukan satu kemestian untuk seorang ustaz atau da'ie itu berbahasa dengan "ana", "anta"... Dan tidak semestinya mereka yang tidak ber"ana","anta" bukan seorang da'ie...

Ia juga bukan perkara yang boleh dipaksa untuk menggunakannya, namun mengikut kepada keselesaan masing2 juga kesesuaian keadaan dan orang yang kita sedang bercakap dengannya...

Hakikatnya "ana","anta" merupakan satu gaya berbahasa yg dibudayakan secara tidak formal... Dan ada sebab mengapa sebahagian golongan lebih selesa menggunakannya... Seperti mana yang telah saya katakan, bahawa setiap bahasa ini hadir seiring dengan budaya masyarakat asal yang menuturkannya... Maka pengistilahan kata ganti nama diri dalam bahasa arab ini secara tidak langsung membawa sekali nilai islam yang mewujudkan biah islamiyyah itu sendiri di dalam perbualan.

Wallahua'lam...

Wednesday, April 30, 2014

Wajah yang tidak sepadan dengan umurnya

"Awet muda" merupakan istilah yang digunakan untuk mereka yang kelihatan lebih muda dari umur asal mereka... Namun aku ni pula boleh dikategorikan dalam kalangan mereka yang "awet tua" (tak tau istilah apa yang patut digunakan). 

Berdasarkan pengalaman2 sebelum ni, bila berjumpa dengan seseorang buat kali pertama, biasanya persepsi pertama mereka akan melihat ku sebagai seorang yang lebih tua dari umur ku yang sekarang. Mungkin 3-5 tahun lebih tua. Barangkali kerana misai dan janggutku yang kian melebat dan mungkin juga kerana sifatku yang tak banyak berkata-kata atau "huha2" seperti kebanyakkan remaja...

Dan kemungkinan besar anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang daripada mereka yang pernah mempunyai persepsi itu terhadap aku dulu...

Bila berjumpa atau berbual dengan sesiapa buat pertama kali, aku sudah tidak hairan jika mereka kebanyakkannya sedikit kehairanan bila tahu umurku yang sebenar. Kerana aku dah alami keadaan2 seperti itu saban kali. Jika mereka tahu aku masih belajar lagi, selalunya mereka akan bertanya, "Master ke PHD?". Jarang sekali yang yang tanya " Diploma ke Degree?", dan rasanya seperti tak ada yang bertanya begitu... 

Apabila datang ke program2 remaja, sama ada jadi peserta atau kadang2 menjadi facilitator, selalunya mereka yang sama umur dengan aku malah ada juga yang lebih tua akan memanggil atau menganggap aku sebagai "abang"... Biasanya aku akan membiarkan dan merahsiakan umurku yang sebenar jika tidak ditanya, kerana rasa 'best' pulak dipanggil "abang" oleh mereka yang sama umur... Rasa lebih dihormati, hehe... Maaf jika ada yang membaca post ini adalah salah seorang daripada mereka... Itu bukan menipu, cuma tak memberi tahu...

Sama juga keadaannya waktu baru masuk ke INTEC dulu, ada juga sahabat2 satu batch yang panggil "abang", menyangka aku senior di situ, dan ada juga yang kata muka aku macam muka bapak orang...

Pernah juga waktu umurku 19 tahun, aku duduk di atas motor depan sebuah kedai cermin mata, menunggu adik ku untuk mengambilnya pulang dari tempat tuisyen. Sedang termenung menunggu, tiba2 disapa oleh seorang makcik cina yang mungkin nak promosikan produk cermin matanya. Namun soalan pertama yang keluar, "abang, buat ape...? tunggu bini ke...?". Waktu tu aku sedar, muka aku macam muka orang yang dah kawen.

Kalau di kawasan perumahan aku di Malaysia, pakcik2 masjid selalu bertanya, "Berapa tahun lagi di Perancis?". Dan aku tidak hairan jika mereka terkejut yang aku ada lagi 3-4 tahun untuk habiskan belajar. Sebab aku dapat agak anggapan mereka terhadap umur ku. Malah ada yang terkejut bila mana mereka tahu baru habis SPM waktu umurku 17 tahun dulu.

Dan yang paling menariknya baru2 ini, waktu di tempat kerja praktikal, berbual2 panjang dengan seorang makcik perancis. Bermula dari bertukar2 cerita dan pendapat mengenai perbezaan budaya antara Malaysia dan Perancis, sehinggalah kepada hal2 yang berkaitan dengan keluarga... Dan dia bertanya satu soalan yang belum pernah ditanya sebelum ini...

"Vous avez combien d'enfant?" (Terjemahan: "Kamu ada berapa orang anak?")

Aku melihat wajah makcik itu, untuk memastikan pada riak wajahnya ada unsur2 humor atau gurauan. Namun soalan yang ditanya itu betul2 serius. "haha...", aku tergelak kecil, belum pernah orang bertanya kepada aku soalan yang seperti itu. Sebelum ni yang paling "extreme" pon tanya dah kawen ke belum. 


Aku tahu bukan aku seorang yang pernah menghadapi persepsi seperti ini dari masyarakat sekitar. Ramai juga mereka yang mukanya matang awal dari umurnya, dan ramai juga yang umurnya dah semakin meningkat, tapi wajahnya masih seperti pelajar sekolah menengah.

Apa2 pon, aku cuma mengharapkan sifat dan pemikiranku juga matang sepertimana dewasanya muka aku dipandang orang sekeliling... Kini genap umurku 21 tahun. Umur di mana Al Fateh menakhluki Konstantinople sebagai seorang khalifah dan panglima tentera... Namun tidak akan aku mampu menjadi sehebat dan sematang beliau...

Dulu pernah menulis mengenai kematangan remaja...
http://insanrabbani93.blogspot.fr/2013/11/jadilah-pemuda-yang-matang.html

Bila difikirkan kembali, aku lebih berasa selesa bersama dan berbual dengan orang2 yang lebih tua dari ku... Dan ayah aku juga pernah bercerita di mana dia mengalami perasaan yang sama waktu di zaman remajanya dulu... Aku juga kurang suka dilayan dan melayan mereka yang bersifat kebudak-budakkan. Mungkin juga kelemahan aku yang sukar masuk kepada semua jenis perangai manusia.

Bila bersama dengan masyarakat awam, aku merasakan umurku lebih tua, kerana pandangan dan layanan mereka. Namun bila berada di antara kawan2 yang sudah lama mengenali dan apabila melihat kepada umurku yang sekarang, aku berasa masih muda...

Hakikatnya rasa lebih tua dan rasa masih muda itu kedua2nya baik.
Rasa masih muda, memberi semangat untuk terus bekerja dan bergerak kerja untuk islam...
Rasa lebih tua mengingatkan kita akan dekatnya kita dengan kematian...
Namun rasa lebih tua juga menjadikan kita berasa dah sampai masanya untuk berumah tangga... Hehe...